RSS
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Syarat & Peraturan

THE 10th INTER-MRSM RUGBY 10s, 2013

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


  1. UNDANG-UNDANG
Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Ragbi antarabangsa (IRB) variasi bawah 19 tahun terkini yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM). Sekiranya timbul keraguan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam bahasa Inggeris akan digunakan.

  1. PENYERTAAN
    1. Setiap MRSM dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk menyertai kejohanan ini.
    2. Hanya pelajar yang berdaftar dengan MRSM layak bermain dalam kejohanan ini.
    3. Hanya pemain yang dilahirkan pada atau selepas tahun 1996 hingga 1998 sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.

  1. PENDAFTARAN PEMAIN / PEGAWAI
      1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 15 orang pemain dan 2 orang pegawai sahaja. Satu salinan Borang Pendaftaran Pasukan yang lengkap beserta dengan satu salinan Kad Pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Pengetua dan hendaklah diserahkan kepada urusetia pendaftaran di kaunter pendaftaran semasa ketibaan pasukan

      1. Sebarang permohonan pertukaran / gantian pemain selepas Mesyuarat Pengurus tidak akan dilayan

      1. Setiap pasukan dikehendaki menyerahkan senarai nama 15 orang pemain dalam Borang Pendaftaran Pertandingan yang disediakan semasa Mesyuarat Pengurus pada hari Jumaat (24 Mei 2013) pukul 3.00 petang.



      1. Pemain-pemain berdaftar hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja di sepanjang kejohanan.

      1. Semua perlawanan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang 10 minit setelah masa ditetapkan dianggap memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dengan kiraan 21 – 0.

      1. Pasukan yang menurunkan pemain-pemain yang tidak didaftarkan akan dibatalkan penyertaannya dalam kejohanan ini.

  1. FORMAT PERTANDINGAN
Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan pasukan johan dan naib johan tahun lalu diletakkan sebagai pasukan pilihan (seeded) di kumpulan A dan B. Pertandingan pertandingan dijalankan dalam format seperti berikut:
      1. Pertandingan pada peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing.
      2. 5 kategori yang akan dipertandingkan, iaitu Cup, Plate, Bowl ,Shield dan Spoon. Johan dan naib johan setiap kumpulan akan mara ke peringkat penentuan ke kategori Cup / Plate. Pasukan tempat ketiga dan keempat kumpulan akan ke peringkat penentuan ke kategori Bowl / Shield. Manakala pasukan yang menduduki tempat kelima dan keenam akan ke peringkat kategori Spoon. .

  1. PENENTUAN KEMENANGAN
Mata kemenangan diberi seperti berikut:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata


Jika 2 atau lebih pasukan terikat dengan mata yang sama maka proses berikut akan menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan:
    1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor
    2. Pasukan yang mendapat jumlah skor terbanyak
    3. Pasukan yang mendapat jumlah try terbanyak
    4. Pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
    5. Jika masih seri, pasukan yang mendapat pungutan
  1. Gol Penalti, (ii) Drop Gol, (iii) Conversion akan diambil kira.

  1. PENENTUAN DALAM SISTEM KALAH MATI
    1. Dalam perlawanan akhir ,perlawanan menentukan tempat Ketiga/Keempat dan perlawanan penentuan dalam sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas tamat sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang
6.1.1 Sepakan penalti secara 'sudden-death' diadakan pada garisan 22 meter.
6.1.2 Sepakan Penalti : Pasukan akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang seli pada garisan 22 meter. Lima (5) orang pemain yang bermain dan berada dalam padang sahaja dibenarkan mengambil sepakan.
    1. Masa tambahan hanya diberikan bagi perlawanan akhir cup sahaja selama 5 minit secara ‘sudden-death’ akan dijalankan dan sekiranya masih seri maka sepakan penalti seperti perkara 6.1.1 dan 6.1.2 akan dijalankan.
    2. Dan sekiranya masih lagi seri, maka pihak jawatankuasa pengelola akan mencari mekanisme yang sesuai untuk menentukan pemenang.






7. MASA PERLAWANAN
7.1 Semua perlawanan pusingan awal akan dijalankan selama 12 minit sehala.
7.2 Semua perlawanan pusingan akhir akan dijalankan selama 12 minit sehala kecuali
perlawanan akhir Plate, Bowl, Shield dan Spoon akan dijalankan secara 7 minit setiap
separuh masa dengan 2 minit rehat.
7.3 Manakala bagi perlawanan akhir kategori Cup akan dijalankan secara 10 minit setiap
separuh masa dengan 3 minit rehat.

8. PEMAIN GANTIAN
8.1 5 orang pemain boleh diganti pada bila-bila masa perlawanan termasuk masa
tambahan secara ‘rolling substitution’
8.3 Penggantian tidak dibenarkan jika seseorang pemain itu diarah keluar padang
oleh pengadil.

9. PENGGANTUNGAN
Pemain yang diarah keluar padang oleh pengadil secara automatik digantung
daripada bermain perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa tatatertib
membuat keputusan.

10PENGADIL DAN HAKIM GARISAN
10.1 Semua pengadil dan hakim garisan akan dilantik oleh Lembaga Pengadil
Kesatuan Ragbi Malaysia.
10.2 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk dijalankan
perlawanan disebabkan cuaca atau hal-hal lain yang tidak diduga, perlawanan
tersebut akan dilangsungkan pada masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola.

11.2 Sekiranya perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil setelah dimulakan atas
sebab- sebab tertentu, maka penentuan keputusan perlawanan adalah seperti
berikut:

11.2.1 Jika perlawanan terpaksa dihentikan, maka keputusan akan dikira seri dengan 1 try.
11.2.3 Bagi peringkat pusingan akhir, sekiranya keputusan masih seri maka pasukan
yang telah mendapat skor terbanyak semasa peringkat kumpulan
akan diisytiharkan sebagai pemenang. Sekiranya masih seri, maka
lambungan duit syiling akan digunakan untuk menentukan kemenangan.

12. BANTAHAN DAN RAYUAN

12.1 Hanya pengurus pasukan berkenaan sahaja dibenarkan membuat bantahan /
rayuan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang bantahan
sebanyak RM 200.00 tunai.
12.2 Bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pertandingan dalam masa 15
minit selepas perlawanan berkenaan tamat.
12.3 Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika bantahan gagal.

13. JAWATANKUASA TATATERTIB ( JURI RAYUAN )

13.1 Juri rayuan terdiri daripada:
Pengerusi : Penyelaras Kejohanan atau wakil
AJK : 2 orang pengurus pasukan yang dilantik oleh Pihak Pengelola
13.2 Jawatankuasa berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana
pihak yang boleh membantu kes itu.
13.3 Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

14. PIALA

    1. Piala Pusingan adalah milik BPM dan tidak boleh disimpan terus oleh mana-mana pasukan.
    2. Piala Pusingan akan disampaikan kepada Johan Cup. Pasukan itu boleh menyimpannya sehingga kejohanan berikutnya diadakan.
    3. Pasukan itu bertanggungjawab tentang keselamatan, insuran dan inskripsi mengikut gaya rupa inskripsi yang sedia ada pada piala tersebut.

15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan atau termaktub di dalam Undang-undang / Peraturan pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

  • TAMAT -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

obarongadberry said...

Tic Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac - Tatanium-arts
Tic Tac Tac Tac ford focus titanium hatchback Tac columbia titanium jacket Tac Tac Tac Tac Tac Tac Tac titanium undertaker Tac Tac Tac Tac Tac thaitanium Tac Tac, 2 oz. Bottle, 12 fl oz. Rating: titanium plate flat iron 5 · ‎2 reviews · ‎$8.59 · ‎In stock

phatestan said...

er859 sorelwinterstiefel,pandoraportugal,vejashoeskuwait,vejasneakers,air jordan italia,air jordan sverige,pandora charms uk,inov suunnistuskengät,air jordan skvo557

Post a Comment